Dari jalanraya
Kanan selepas lampu isyarat yang sama
Berdiri bengkok semenjak lima belas tahun lalu
Aku dapat melihat sebuah rumah sewa
Di seksyen 14 Petaling Jaya
Rumah sewa yang dulu
gegak gempita dengan tawa ria
Tiada gusar tanpa kira
Dunia berputar di sekelilingnya
Penuh juga dengan tangis luka
Pada cinta tak berbalas dek kasta berbeza
atau terputus sebelum keputusan
Aku pernah bergelumang
Dengan emosi-emosi ini
Menumpang ria,
Sendiri sedih dan duka
Cuma tertinggal kini sesalan
Pada remaja yang terbazir
Di rumah sewa
Seksyen 14
Petaling Jaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
La Tahzan, La Khaufun... La kasal
Tidak mahu perubahan atau tak menerima sesuatu ketetapan Malu untuk melawan piawaian manusia atau rasa marah tidak dapat meluahkan r...
-
Kalau boleh ku putar semula Jejarum masa Akanku habiskan waktu Berbaring di sisi Sebelum pemergianmu Kalau mampu ku kutip semul...
-
Di sini... Tiap yang bersalah akan menerima hukuman tiap yang baik akan menerima ganjaran tiap yang mencari akan menjumpai tiap yan...
-
Tidak mahu perubahan atau tak menerima sesuatu ketetapan Malu untuk melawan piawaian manusia atau rasa marah tidak dapat meluahkan r...
No comments:
Post a Comment