Wednesday, December 6, 2017

Ar-Rahman

Tak ku mahu dicampak ke api berjulangan
Dan ditimpa tembaga cair bagai hujan
Dan dosa didahi kelihatan
Dan diseret ke Jahannam bergelutan
Bersama mereka yang telah mendustakan....

Tak ku pinta bidadari menjadi teman
Dan sungai-sungai yang mengalir berterusan
Dan hidangan pelbagai buah-buahan
Dan permaidani yang berlapis-lapis di pembaringan
Dan pakaian indah dari sutra, kehijauan....

Fabi ayi alaa i Rabbikuma tukazzibaan?
Aku ingin hanya keredhaan......

No comments:

Post a Comment

La Tahzan, La Khaufun... La kasal

Tidak mahu perubahan    atau tak menerima sesuatu ketetapan Malu untuk melawan piawaian manusia   atau rasa marah tidak dapat meluahkan r...