Sunday, January 7, 2018

Kahwin dan Mati

Bertemu lagi kali ini
Setelah berabad terpisah rasanya
Hanya terbaca khabar
Sekali sekala dalam ruang siber
Aku lupa ada yang belum tua
Dan ada yang melewati muda
Ada yang hanya kelmarin ada
Hari ini sudah tiada
Ada juga yang ku sangka mesra
Sudah terputus silaturrahimnya
Ada juga yang merana
Kini masih jua derita
Kalau tiada yang kahwin
Kalau tiada yang mati
Ada juga yang aku tidak tahu
Akan kewujudannya.

No comments:

Post a Comment

La Tahzan, La Khaufun... La kasal

Tidak mahu perubahan    atau tak menerima sesuatu ketetapan Malu untuk melawan piawaian manusia   atau rasa marah tidak dapat meluahkan r...