Tuesday, December 5, 2017

Raya itu

Padang depan rumah Mokteh
Penuh dengan kereta
Berselang seli dengan
Tiang tiang kayu berpelita
Meriam buluh berdentum
Bunga api berpercikan
Ibu sibuk didapur
Mengarah penyediaan makanan
Pemuda yang kuat
Merangkak memanjat
Menggantung langsir
Membersih mengecat
Azan berkumandang
Takbir berlagu
Begitu raya itu
Suatu masa dahulu....

No comments:

Post a Comment

La Tahzan, La Khaufun... La kasal

Tidak mahu perubahan    atau tak menerima sesuatu ketetapan Malu untuk melawan piawaian manusia   atau rasa marah tidak dapat meluahkan r...